Martinez positif Hazard pulih pergelangan kaki 

Oleh Shaiful Shamsudin 20 April 2020 113
 Martinez positif Hazard pulih pergelangan kaki 
Pengurus Belgium, Roberto Martinez, mendedahkan Eden Hazard semakin pulih daripada pembedahan pergelangan kaki dan yakin dia akan "kembali kuat".

Penyerang Real Madrid itu mengalami patah di pergelangan kaki kanannya dalam kekalahan 0-1 LaLiga di Levante Februari lalu sejurus kembali daripada kecederaan serupa yang menimpanya dalam pertembungan Liga Juara-Juara (UCL) menentang Paris Saint-Germain (PSG) November lalu.

Bekas arkitek Chelsea itu telah menjalani pembedahan di Amerika Syarikat (AS) sebelum musim ini ditangguhkan akibat penularan wabak koronavirus baru (Covid-19).

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Working hard and having fun... 😓 #halamadrid

A post shared by Eden Hazard (@hazardeden_10) on


Martinez menawarkan maklumat positif mengenai keadaan anak buahnya itu di celah-celah ketidakpastian mengenai bilakah Madrid akan menyambung kempen musim ini.

Pengurus pasukan kebangsaan itu memberitahu media di Belgium: "Saya tahu dia sedang pulih dengan baik. Dia akan kembali berlari dan tidak mengalami apa-apa komplikasi.

"Pembedahannya berjalan lancar. Tetapi kami mengharapkan lancar dalam tempoh empat hingga lima minggu selepas itu selain tidak menunjukkan komplikasi. Nampaknya tidak"

Dia menambahkan: "Kami tahu dia akan kembali kuat. Kami juga beruntung memandangkan pembedahannya dilakukan sebelum wabak koronavirus tersebar.

"Jika tidak, dia pasti tidak akan dapat dapat bergerak ke mana-mana bahkan untuk menjalani rawatan di luar Madrid. Saya mempunyai perasaan positif bahawa Eden akan kembali dengan segera."
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen