Malaysia Airlines jadi rakan penerbangan rasmi Liverpool

Oleh Staff Writer 11 Oktober 2016 8
Malaysia Airlines jadi rakan penerbangan rasmi Liverpool
Malaysia Airlines kini menjadi rakan penerbangan rasmi Liverpool FC selepas kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu menandatangani kerjasama global dengan syarikat penerbangan nasional itu

Usahasama tersebut dimeterai hari ini selepas kedua-dua pihak menandatangani perjanjian tiga tahun tanpa mendedahkan jumlahperjanjian tajaan.

"Liverpool dan Malaysia berkongsi semangat yang sama mengenai bola sepak. Ketika kami mengunjungi Malaysia untuk jelajah pra-musim 2011 dan 2015, sambutannya begitu hangat sekali," kata Ketua Pegawai Komersial Liverpool, Billy Hogan, dalam satu kenyataan di laman web kelab itu. 

"Kerjasama ini adalah simbol kepada hubungan berkenaan dan kami tidak sabar untuk bersama-sama Malaysia Airlines untuk masa depan yang lebih baik." 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines, Petr Bellew, berkata: "Kami gembira untuk mengucapkan selamat datang Liverpool kepada keluarga Malaysia Airlines. 

"Kedua-dua jenama ini memiliki sejarah yang mengagumkan dan mempamerkan budaya berasaskan nilai kekeluargaan.

"Liverpool adalah kelab yang memiliki penyokong paling ramai di dunia, terutamanya 100 juta di Asia Tenggara dan 40 juta di China, yang menjadi sasaran pemasaran kami. 

"Liverpool juga akan membantu kami mengukuhkan jenama kami di United Kingdom, sekali gus membuka pintu untuk kami ke Eropah."

Liverpool kini berada di tangga keempat dalam EPL dan kali terakhir memenangi gelaran itu pada musim 1989/90 ketika liga berkenaan masih dipanggil Divisyen Pertama.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen