JERMAN 2 PERANCIS 2

Mario Gotze gembira dapat kembali beraksi di pentas antarabangsa apabila dia membuat sumbangan ketika Jerman seri 2-2 dengan Perancis di Cologne, awal pagi tadi.


Gotze tidak bermain untuk pasukan kebangsaan dalam tempoh lebih setahun berikutan menghadapi masalah gangguan metabolisme.

Dia mula perlahan-perlahan bermain bersama Borussia Dortmund dalam kempen musim ini sebelum mendapat panggilan pertamanya daripada Joachim Low untuk aksi persahabatan dengan England dan Perancis.

Khidmat pemain yang memainkan peranan di bahagian serangan itu tidak digunakan ketika mereka seri 0-0 dengan skuad Three Lions, minggu lalu, tetapi empat hari kemudian dia akhirnya kembali ke Cologne.

Selepas dimasukkan pada minit ke-65, Gotze mencipta peluang terakhir perlawanan yang disudahkan Lars Stindl untuk tuan rumah melebarkan rekod tanpa kalah kepada 21 perlawanan.

"Ini adalah kisah positif malam ini buat saya dan satu langkah besar ke arah yang tepat," katanya kepada ARD.

"Saya gembira dapat kembali bersama pasukan ini. Ia perkara yang hebat buat saya, malam ini."

Juara dunia itu serba tidak kena selepas dua kali dihukum Alexandre Lacazette sebelum gol penyamaan lewat Jerman itu dan gol Sami Khedira yang mencetuskan kebangkitan tuan rumah.

"Keputusan perlawanan ini bagus," katanya. "Pada babak kedua, kami bermain hebat, kemudian kami merapatkan jurang kepada 2-1.

"Keputusan seri ini boleh diterima. Kami mempamerkan kesan positif selepas kami ketinggalan," tambahnya.