Real Madrid harus menempa sejarah jika mereka memenangi LaLiga pada musim ini selepas penyandang juara itu ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu, Barcelona.

Skuad Zinedine Zidane itu terikat 0-0 dengan Atletico Madrid di Wanda Metropolitano pada awal pagi tadi, keputusan tanpa jaringan pertama dalam pertembungan musuh setempat itu sejak Mei 2005.

Dengan keputusan itu, ditambah dengan kemenangan selesa 3-0 Barcelona ke atas Leganes pada awal hari ini, ia bermakna Madrid yang kini berada di tangga ketiga menghadapi cengkaman defisit dua angka dalam perlumbaan untuk merebut gelaran.

Bagaimanapun, belum pernah berlaku dalam sejarah sebuah pasukan mampu bangkit daripada jurang seperti itu bagi menjulang trofi berkenaan, dengan Madrid dan Atletico yang berkongsi mata dianggap sudah terkeluar daripada saingan.

Skuad Ernesto Valverde itu selesa memegang kelebihan tujuh mata mengatasi skuad tempat kedua, Valencia, yang akan berdepan Espanyol pada awal pagi nanti.