Legenda Real Madrid, Ronaldo, percaya lebih baik untuk juara LaLiga itu menandatangani Kylian Mbappe berbanding Neymar daripada Paris Saint-Germain (PSG).

Mbappe pernah dikaitkan dengan perpindahan ke Madrid dan skuad Los Blancos itu dikatakan masih mengintai khidmatnya bagi musim 2021.

Bekas penyerang Barcelona, Neymar -- yang menyertai PSG dengan rekod perpindahan termahal €222 juta (RM1.09 bilion) pada 2017 -- juga sedang hangat dikaitkan dengan pasukan Sepanyol itu.

Tetapi legenda Brazil, Ronaldo, yang menjuarai LaLiga bersama Madrid dalam musim 2002-03, memilih Mbappe berbanding rakan senegaranya, Neymar, disebabkan faktor usia.

"Buat masa ini, ia bukan mengenai siapa yang lebih baik daripada siapa tetapi Real Madrid perlu melakukan perlaburan besar, jadi mereka perlu juga memikirkan mengenai masa depan," kata Ronaldo dalam satu sidang web yang dianjurkan Santander.

"Neymar berusia 28 tahun dan Mbappe 22 tahun.

"Sebagai pelaburan, lebih logik untuk mereka mengambil pemain yang lebih muda," katanya.

Ready for tomorrow ⚽️???

A post shared by ene10ta Érre ?? ? neymarjr (@neymarjr) on


Mbappe dan Nyemar sedang mempersiapkan diri bagi menghadapi final Liga Juara-Juara Eropah menentang Bayern Munich di Lisbon awal pagi esok.

Pasukan gergasi Perancis, PSG, akan turun dalam final pertama saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) selepas mendominasi peringkat domestik.

Ia selepas Neymar -- yang memenangi UCL bersama Barca pada 2005 -- dan PSG menjulang trofi Ligue 1, Coupe de France, Coupe de la Ligue dan Trophee des Champions musim 2019-20.

"Dia perlu memenangi UCL untuk melengkapkan musimnya," kata Ronaldo mengenai Neymar.

"Dia bermain dengan amat baik dalam beberapa perlawanan lalu, terutama dalam fasa akhir di Portugal.

"Dia mencipta banyak peluang tetapi kurang tenang dalam menyudahkan gerakannya.

"Dengan tuah dan ketenangan, dia mampu menjaringkan gol dalam final," katanya lagi.