Low puas hati dengan persembahan Jerman

Oleh Ammar Hakim 11 November 2017 235
Low puas hati dengan persembahan Jerman
Pengendali Jerman, Joachim Low, berpuas hati dengan persembahan skuad kendaliannya selepas seri tanpa jaringan dengan England dalam aksi persahabatan di Wembley, semalam.

England dan Jerman menguji pemain-pemain baru dengan Ilkay Gundogan beraksi buat pertama kali selepas setahun kerana dihimpit masalah kecederaan manakala Leroy Sane yang mengetuai jentera serangan Die Mannschaft, berpeluang untuk meledak gol tetapi percubaannya sekadar menggegar palang gol England, manakala Timo Werner turut digagalkan oleh penjaga gol, Jordan Pickford.

"Kedua-dua pasukan memberkan tumpuan kepada aksi ini dan tiada serangan balas yang dilancarkan oleh pasukan lawan.

"Bagaimanapun, kami memiliki peluang baik ketika menyerang pada separuh masa pertama. Tiga atau empat peluang terbaik, ia merupakan persembahan yang sangat baik.

"Ilkay Gundogan juga beraksi dengan baik selepas lama diketepikan daripada aksi antarabangsa, anda dapat melihat dia memiliki kualiti yang bagus. Dia memerlukan beberapa lagi perlawanan untuk kembali menemui rentak. 

"Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan persembahan mereka," katanya.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen