JERMAN 2 IRELAND UTARA 0

Jurulatih Jerman, Joachim Low gembira skuad kendaliannya meraih kemenangan 2-0 ke atas Ireland Utara dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2018, awal pagi tadi.

Penyandang juara Piala Dunia itu mencatatkan kemenangan ketiga dalam Kumpulan C selepas Julian Draxler dan Sami Khedira meledak gol pada babak pertama perlawanan.

Low berpuas hati dengan persembahan anak buahnya selepas membenam Republik Czech 3-0.

"Perkara yang paling penting adalah kami dapat meraih enam mata daripada dua perlawanan dan kami tidak dibolosi sebarang gol," ujar Low.

"Kami berjaya meledak dua gol dan ia merupakan kemenangan mudah buat kami. Walaupun ketinggalan dua gol, mereka tidak mengubah strategi dalam perlawanan ini."

Di sebalik kemenangan ini, Low berkata terdapat beberang ruang yang boleh diperbaiki selepas Ireland Utara melancarkan dua percubaan berbahaya sebelum tamat separuh masa pertama.

"Kami terpaksa bekerja keras pada 15 minit terakhir separuh masa pertama kerana pasukan lawan cuba untuk mencari gol.

"Peralihan kami daripada serangan kepada bertahan agak perlahan, kami mahu memperbaiki perkara ini."