Lorient telah melantik Bernard Casoni sebagai jurulatih baru mereka sehingga akhir musim ini.

Casoni, yang telah membimbing 11 kelab di lima negara dalam kerjayanya, menggantikan Sylvain Ripoll.

Ripoll dipecat pada bulan lepas dengan Lorient kini berada di tangga tercorot Ligue 1, selepas kelab Brittany itu hanya mengutip tujuh mata daripada 12 perlawanan.

Casoni membawa pasukan dari Hungary, Videoton, pada 2015 selain pernah melatih Marseille, Cannes, Bastia, Evian, Auxerre dan Valenciennes di Perancis.

Dia kini diberikan tugas yang mencabar, iaitu untuk memastikan Lorient kekal memberikan saingan dalam Ligue 1 dan perlawanan pertamanya adalah menentang Monaco di Stade du Moustoir pada 18 November.