Pemain pertahanan Manchester United, Victor Lindelof, berkata, keyakinan Sweden terhadap keupayaan mereka sendiri tidak pernah goyah yang menjadi nadi dalam kejutan kelayakan play-off Piala Dunia, sebentar tadi.

Sweden mara ke pusingan akhir sejak kali terakhir pada 2006 selepas meraih keputusan seri 0-0 di San Siro untuk merakamkan kemenangan mutlak 1-0 secara agregat hasil bekalan gol daripada pertemuan pertama.

Jaringan Jakob Johansson memisahkan pertemuan selama 180 minit itu sambil Lindelof terpaksa bekerja keras untuk mengekang Azzuri yang dianggap pilihan untuk layak.

Pemain berusia 23 tahun itu, yang tenggelam di peringkat kelab musim ini, memberi penghormatan kepada sikap bersatu hati Sweden.

"Ia adalah kali pertama saya layak ke Piala Dunia dan saya begitu gembira," kata Lindelof kepada pemberita.

"Kami tahu datang ke sini adalah sukar tetapi selepas perlawanan pertama di tempat sendiri, kami percaya kami boleh melakukannya.

"Kami bekerja sangat-sangat keras, saya tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan pasukan ini, kami saling bekerja keras antara satu sama lain, kami tahu apa yang boleh kami lakukan.

"Kami sentiasa percaya kami akan pergi ke Piala Dunia dan kami berjaya mencapainya," katanya.

Russia 2018 akan menjadi penampilan ke-12 Sweden dalam temasya itu yang menyaksikan mereka mara ke pusingan 16 dalam dua edisi terakhir yang disertai.