Tiga puluh dua pasukan kini bersiap sedia membuat perhitungan untuk pusingan kalah mati selepas masing-masing melengkapkan undian di Nyon, Switzerland, malam tadi.

Undian itu menyaksikan Arsenal yang mengungguli Kumpulan H akan bertemu kelab Sweden, Ostersunds.

Atletico Madrid dan Borussia Dortmund, antara lapan pasukan daripada Liga Juara-Juara Eropah, bakal menentang Spartak Moscow dan Atalanta.

Napoli, yang kini berada di tangga kedua dengan dibezakan satu mata di belakang pendahulu Serie A, Inter Milan, akan berdepan skuad di tangga kedua Bundesliga, RB Leipzig.

Kedua-dua pasukan itu diuji dalam pentas kedua Eropah selepas turut tersingkir daripada peringkat kumpulan Liga Juara-Juara apabila masing-masing berada di tangga ketiga dalam Kumpulan F dan G.

Sementara itu, AC Milan yang masih mencari rentak keserasian dalam pasukan, akan membuat perhitungan dengan Ludogorets dari Bulgaria.

Kesemua pasukan akan mengharungi perlawanan pertama peringkat 32 terakhir pada 15 Februari depan, sebelum berdepan aksi timbal balik dua minggu kemudian pada 22 Februari.

Keputusan Undian

Borussia Dortmund lwn Atalanta
Nice lwn Lokomotiv Moscow
Copenhagen lwn Atletico Madrid
Spartak Moscow lwn Athletic Bilbao
AEK Athens lwn Dynamo Kiev
Celtic lwn Zenit
Napoli lwn RB Leipzig
Red Star Belgrade lwn CSKA Moscow
Lyon lwn Villarreal
Real Sociedad lwn Salzburg
Partizan lwn Viktoria Plzen
FCSB lwn Lazio
Ludogorets lwn AC Milan
Astana lwn Sporting CP
Ostersunds lwn Arsenal
Marseille lwn Sporting Braga