Penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowski, kini ragu-ragu untuk beraksi menentang Celtic dalam Liga Juara-Juara apabila dikeluarkan sebelum rehat ketika pasukannya menang 2-0 ke atas RB Leipzig dalam Bundesliga di Allianz Arena, awal pagi tadi.

Pemain antarabangsa Poland itu menggandakan kelebihan Bayern dengan penyudah kemas dari tepi, sebelum dia kelihatan memegang hamstringnya.

Dia cuba bermain beberapa minit tetapi kemudian memberi isyarat kepada bangku simpanan bahawa dia perlu keluar.

Pemain berusia 29 tahun itu mungkin terlepas lawatan ke Celtic, Rabu ini, ketika skuad Jupp Heynes berada di kedudukan kedua, tiga mata di belakang pendahulu Kumpulan B, Paris Saint-Germain (PSG).

Dia juga mungkin ragu-ragu untuk perlawanan Bayern berdepan bekas kelabnya, Borussia Dortmund, dalam Bundesliga, Ahad depan.