Lionel Messi sentiasa memberikan petanda bahawa dia sedang menuju ke arah kegemilangan sejak beralih daripada Barcelona B ke skuad utama dan legasinya mustahil untuk diatasi, kata Samuel Eto'o.

Bekas penyerang Cameroon itu merupakan rakan sepasukan Messi dari 2004 sehingga dia berpenindah ke Inter Milan pada Julai 2009 menerusi satu kesepakatan yang membawa Zlatan Ibrahimovic ke Camp Nou.

Eto'o merupakan sebahagian daripada jentera serangan Barca yang paling digeruni ketika bergandingan dengan Ronaldinho dan Thierry Henry, di mana dia memenangi tiga kejuaraan LaLiga, dua gelaran Liga Juara-Juara Eropah dan satu piala Copa del Rey di Camp Nou.

Pemain berusia 39 tahun itu merupakan antara yang menyaksikan perkembangan Messi daripada bakat muda kepada bintang dunia.

Bercakap mengenai pemain sensasi LaLiga itu, Eto'o berkata: Dia boleh beralih di antara pasukan B dan pasukan utama, dan dia amat bagus.

"Daripada waktu itu, kami sudah menyedari bahawa Messi pada suatu hari nanti boleh menjadi sepertimana dia pada hari ini.

"Saya amat berbangga kerana dia mencapainya dengan kerja kerasnya sendiri," katanya.

Eto'o berkata salah satu aspek utama dalam kejayaan Messi ialah mengenai bagaimana caranya untuk kekal merendah diri sepanjang karier hebatnya, di mana dia telah memenangi enam gelaran Ballon d'Or dan tiada pemain lain boleh mengatasi pencapaiannnya.

"Dia langsung tidak berubah. Dia masih seorang yang baik seperti yang saya kenali dulu.

"Baru-baru ini dia berkata, 'terima kasih kepada Samuel', terima kasih kepada nasihat saya -- di mana saya tidak akan mendedahkannya di sini -- yang telah mengubah kariernya.

"Pada ketika itu, dia perlu memperbetulkan beberapa perkara tetapi dia sentiasa berbakat.

"Saya gembira dan bangga untuk melihat sejarah yang telah diciptanya dan ia masih belum berakhir.

"Ia akan menjadi amat sukar dan mustahil untuk mengatasi legasinya.

"Perkara paling penting bagi saya adalah perwatakannya.

"Semua orang menghargai dan mengaguminya sebagai pemain.

"Tetapi dia sorang yang hebat dan saya berbangga untuk kekal menjadi rakannya," katanya lagi.