Frank Lampard teruja bagaimana Timo Werner telah menyesuaikan diri di Chelsea setelah penyerang menjaringkan dua penalti dalam separuh masa pertama ketika menangn 3-0 dalam saingan Liga Juara-Juara ke atas Rennes.

Werner menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-10 setelah dijatuhkan oleh Dalbert, yang kemudian diberhentikan kerana kad kuning kedua kerana bola terkena tangannya dalam kotak penalti, membenarkan pemain berusia 24 tahun itu meledak gol keduanya.

Tammy Abraham melengkapkan kemenangan Chelsea menyaksikan mereka memperoleh tujuh mata dan di puncak Kumpulan E, berkongsi mata dengan Sevilla.



Dua penalti itu merupakan dua percubaan daripada Werner, namun dia gagal untuk menghasilkan peluang buat rakan sepasukannya.

Namun, di sebalik aksi yang kurang cemerlang, dua gol itu menyaksikan Werner telah meledak tujuh gol dalam semua pertandingan sejak berhijrah dari RB Leipzig.


"Dia cepat menyesuaikan diri dan dia mudah dikendalikan. Dia bekerja dan bermain dengan baik. Saya merasakan dia mempunyai daya tahan selama 90 minit. Saya sangat gembira dengannya."

Lampard turut mengesahkan Werner -- yang menjaringkan gol ketika bertemu Krasnodar minggu lalu -- kini adalah pilihan utama untuk mengambil sepakan penalti -- menggantikan Jorginho.

"Saya bercakap dengan Jorginho dulu kerana dia menampilkan aksi cemerlang," katanya. "Saya berasakan sudah tiba masanya untuk melakukan perubahan."