Kubo tinggalkan Villarreal, dipinjamkan ke Getafe

Oleh Muzaffar Musa 9 Januari 2021 303
Kubo tinggalkan Villarreal, dipinjamkan ke Getafe
Pemain muda berbakat Real Madrid, Takefusa Kubo, menyertai Getafe secara pinjaman sehingga penghujung musim ini selepas memendekkan tempoh pinjamannya di Villarreal.

Pemain berusia 19 tahun itu sepatutnya menghabiskan keseluruhan musim 2020-21 bersama skuad Yellow Submarine itu selepas mengikat kesepakatan semusim pada Ogos lalu.

Bagaimanapun, dia hanya memulakan dua perlawanan LaLiga sehingga awal tahun ini  -- sesuatu yang dianggap ketua jurulatih Villarreal, Unai Emery, sebagai faktor penyumbang pemain muda Jepun itu menamatkan tempoh pinjamannya lebih awal.

Juara Sepanyol, Madrid, kini mengharapkan Kubo akan mendapatkan lebih waktu permainan sehingga penghujung musim ini dengan bersetuju perjanjian pinjaman baru bersama kelab setempat, Getafe.

Getafe, yang dikendalikan Jose Bordalas, kini berada di kedudukan bahaya dalam liga utama Sepanyol itu selepas hanya dibezakan satu mata daripada zon penyingkiran.
 

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen