Pengurus Bayern Munich, Niko Kovac, berpendapat persaingan sengit aksi Bundesliga musim ini membuatkan pasukannya kini menduduki tangga kedua liga.

Borussia Dortmund kini memiliki kelebihan enam mata di puncak liga tatkala Bayern tampak tidak konsisten di bawah bimbingan Kovac.

Lima kemenangan berturut-turut yang diraih Bayern dilihat telah merapatkan jurang buat mereka dengan Dortmund sambil pasukan di tangga ketiga, Borussia Monchengladbach, turut cemerlang.

Bayern memenangi kejuaraan liga enam tahun berturut-turut dan Kovac bersedia untuk bertarung dengan Dortmund dalam babak kedua saingan liga, bermula dengan aksi berdepan Hoffenheim, 18 Januari ini.

"Saya rasa kami adalah Bayern yang memulakan semula saingan musim ini, mengembalikan prestasi dan keyakinan, sekali gus membantu kami untuk terus mengejar serta memberikan tekanan buat Dortmund," kata Kovac.

"Separuh musim menyaksikan banyak liku, emosi tetapi ia tidak membosankan. Kami melalui banyak tempoh bagus tetapi turut berdepan beberapa detik sukar. Namun, kami bersatu untuk kembali ke landasan sebenar dan akhirnya kesimpulan untuk enam bulan terakhir dilihat positif.

"Sudah tentu kami mengharapkan permulaan bagus. Kami bekerja keras untuk mendapatkan sentuhan ketika aksi pramusim.

"Semua pemain mahu membuktikan kemampuan apabila pengurus baru tiba. Prestasi ketika dalam sesi latihan dan perlawanan sangat hebat," tambah Kovac.

"Malangya, kami melalui detik ketandusan permainan. Pihak staf kejurulatihan terlalu banyak memikirkannya dan itu adalah sebabnya. Kami membiarkan diri dipengaruhi oleh unsur-unsur tersebut. Kami tidak boleh tewas dan akan mengejar semula kejuaraan dengan semangat membara.

"Ia berlaku tanpa sedar dan akhirnya memberi kesan kepada pengurangan satu atau dua peratus prestasi. Secara keseluruhan, ia tidak cukup. Bagi saya, Bundesliga kini lebih seimbang dan kuat berbanding tahun lalu, jadi kami harus berlawan. Setiap pemain telah pulih dan kembali ke landasan sebenar."