Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) menganggap mendenda tarik diri daripada Kejohanan Piala Meizhou Hakka lebih berbaloi berbanding pasukan dijangkiti wabak koronavirus.

Malah penganjuran kejohanan itu yang sepatutnya berlangsung daripada 24 sehingga 28 Januari dibatalkan ekoran penularan koronavirus.

Pendekatan itu terpaksa diambil meskipun dua lagi pasukan jemputan termasuk Chonburi FC dari Thailand memenuhi komitmen.

FAS ketika ini sedang berunding dengan penganjur untuk mengurangkan bayaran tarik diri berjumlah RM300,000.

"Kami dapat melihat masalah penyakit itu semakin serius dan kami telah membuat keputusan yang tepat untuk menarik diri dan berharap untuk membuat penguranan dalam pembayaran denda di atas keputusan yang telah diambil," kata Setiausaha Agung FAS, Dr. Johan Kamal Hamidon.


Editor: Ammar Hakim