Koeman luah faktor kewangan punca Barca sukar pancing pemain 

Oleh Shaiful Shamsudin 10 Oktober 2020 217
 Koeman luah faktor kewangan punca Barca sukar pancing pemain 
Ronald Koeman mengakui situasi kewangan Barcelona membataskan usaha mereka dalam pasaran perpindahan apabila tarikh akhir jendela pembelian pemain telah pun berlalu tanpa ada sebarang muka baru yang tiba di Los Cules.

Dengan Arthur, Ivan Rakitic, Arturo Vidal dan Luis Suarez meninggalkan Camp Nou, Barca merangsang skuad itu dengan kemasukan Miralem Pjanic dan Sergino Dest, dan pemain muda Trincao, Pedri dan Matheus Fernandes.

Penyerang Lyon, Memphis Depay, antara yang hangat dikaitkan dengan perpindahan ke Barca apatah lagi pemain antarabangsa Belanda itu teruja dengan prospek bekerjasama semula dengan Koeman.

Namun, dengan Barca telah mengumumkan kerugian sebanyak €97 juta (RM474.9j) dan penurunan pendapatan kepada €203j (RM994j ) -- penularan COVID-19 dipersalahkan -- maka bermakna tiada lagi penambahan muka baru.

"Pasukan ini tidak akan terjejas, saya gembira dengan skuad yang saya miliki," katanya kepada Barca TV.

 

"Kami telah berusaha meningkatkan skuad dan di beberapa posisi walaupun ada posisi yang tidak dapat kami perkasakan. Ia didorong oleh keadaan kewangan kelab, jadi kami harus menelannya dan terus berusaha."

 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen