Borussia Dortmund berasa adalah semakin sukar untuk mengekang Bayern Munich daripada menjuarai Bundesliga yang kelapan berturut-turut setelah kekalahan dalam pertembungan 'Klassiker', menurut Lucien Favre.

Dortmund turun di kandang sendiri awal pagi tadi berbekalkan motivasi rentetan enam kemenangan dengan empat mata di belakang pendahulu liga Jerman itu.

Namun, mereka tumbang menerusi gol menarik Joshua Kimmich dari penjuru kotak penalti menuju waktu rehat sebelum pelawat mempertahankan jaringan tunggal itu untuk melebarkan kelebihan di puncak dengan tujuh mata dengan baki enam perlawanan.

Pengarah Sukan Dortmund, Michael Zorc, sebelum perlawanan itu berkata bahawa tuan rumah perlu menang sekiranya mereka ingin menghidupkan peluang menafikan kejuaraan Bayern. '



Biarpun akur tewas, pengurus Dortmund tetap berbangga dengan penampilan pasukannya.

"Kami membuat permulaan yang sangat baik dalam 30 minit pertama tetapi kami terlalu bertahan selepas itu," katanya dalam sidang akhbar.

"Babak kedua juga bagus. Kami mempunyai peluang tetapi hantaran terakhir kami tidak menjadi. Setidak-tidaknya kami patut mencatat keputusan seri.

"Kami beraksi lebih baik daripada yang kami lakukan ketika menentang Wolfsburg dan Schalke.

"Pemburuan gelaran pasti akan menjadi sangat sukar. Ketinggalan tujuh mata dengan baki enam perlawanan, ia satu situasi yang rumit."