Simon Kjaer berharap dapat melengkapkan perpindahan tetap daripada Sevilla ke Milan pada akhir musim ini.

Ketua pasukan Denmark itu beralih angin ke San Siro secara pinjaman sejak Januari lalu bagi sisa kempen 2019-20.

Milan mempunyai pilihan untuk mengekalkan pemain berusia 31 tahun itu dalam Serie A sebaik perjanjian sementara berkenaan berakhir.

Pemain tengah itu telah meluahkan hasrat untuk kekal bersama Rossoneri, tetapi sebarang keputusan tidak mungkin akan dibuat dalam masa terdekat memandangkan saingan musim ini masih tertangguh berikutan krisis koronavirus baru (Covid-19).

Ejennya, Mikkel Beck, menjelaskan kepada Stats Perform: "Kelab ini mempunyai klausa pembelian yang boleh mereka gunakan hingga tarikh tertentu.


"Pada masa ini, kami menantikan untuk mengetahui apakah mereka akan mengaktifkan klausa pembelian.

"Kami berharap mereka dapat melaksanakannya kerana Simon sangat gembira di kelab ini dan dia beraksi dengan sangat baik.

"Kami perlu tunggu dan lihat tetapi kami mengharapkan satu jawapan yang positif daripada Milan memandangkan dia ingin kekal."