Ole Gunnar Solskjaer bangga dengan Manchester United selepas meraih kemenangan sekali lagi dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) ke atas Paris Saint-Germain ia bukanlah suasana yang sama seperti dua tahun lalu.

Selepas jaringan sendiri Anthony Martial menyamakan kedudukan berikutan jaringan pembukaan yang dihasilkan oleh Bruno Fernandes, Marcus Rashford meledak masuk gol kemenangan pada minit ke-87 bagi memastikan United mengatasi finalis tahun lalu 2-1 dalam aksi pembukaan Kumpulan H di Parc des Princes awal pagi tadi.



United menjadi pasukan pertama mengatasi PSG lebih dari sekali di tempat lawan bagi saingan UCL, dengan Rashford menyempurnakan jaringan menerusi sepakan penalti ketika memastikan kemenangan 3-1 dalam pertemuan sebelum ini -- keputusan yang membenarkan mereka mara ke suku akhir musim 2018-19 menerusi jaringan di tempat lawan.

Bagaimanapun, tiada penonton yang hadir di Paris dalam perlawanan ini ekoran pandemik coronavirus, Solskjaer mengakui ia adalah suasana yang berbeza.

"Ia adalah perasaan yang berbeza berbanding kami menang sebelum ini, ia merupakan permulaan saingan kumpulan tetapi kami telah mengatasi pasukan yang berkualiti," kata Solskjaer kepada BT Sport.

"Kali terakhir ia merupakan aksi kalah mati dan ia sangat menggembirakan, kali ini ia agak suram tanpa penonyon tetapi ia masih lagi cemerlang dan kami berhak untuk menang."


David de Gea menafikan deretan peluang yang dihasilkan oleh Angel Di Maria, Layvin Kurzawa dan Kylian Mbappe, yang berjaya diawasi kemas oleh Axel Tuanzebe dalam penampilan pertamanya sejak Disember 2019.

Tuanzebe bermain di bahagian kanan ketika United membariskan tiga pertahanan tengah yang dibarisi oleh Luke Shaw, dengan Alex Telles diberikan debut sebagai pemain sayap pertahanan.

"Apabila anda turutn bertemu pasukan yang dibarisi pemain seperti Neymar dan Mbappe anda perlu bertahan dengan lebih baik dan penjaga gol anda perlu menafikan percubaan pasukan lawan," kata Solskjaer.

"Kami mengetahui kualiti Axel. Dia adalah pertahanan yang terbaik dalam ia merupakan perlawanan pertamanya sejak 10 bulan yang lalu dan ia adalah bukti kualiti yang dimilikinya."

Sebelum menyumbat jaringan kemenangan yang ke-10 United di tempat lawan dalam semua pertandingan buat pertama kali dalam sejarah mereka, Rashford bergelut untuk mempamerkan aksi yang berkesan di sebalik berjaya menemui ruang di antara pertahanan lawan.

Dia telah dua kali dinafikan Keylor Navas sebelum akhirnya mengatasi penjaga gol itu.


Rashford berkata, "Bagi saya, mereka kedua-duanya adalah peluang untuk memenangi perlawanan. Sebagai penyerang, apabila perlawanan memasuki penghujung permainan, ia akan menguji mentaliti. Anda mungkin hanya mendapat satu peluang. Ia memastikan tiga mata kepada United.

"Ia adalah prestasi yang baik tetapi juga prestasi yang perlu kami perkembangkan lagi. Saya selalu percaya pada pasukan. Sebagai pemain, penting untuk mempercayai sistem yang dipilih oleh pengurus untuk dimainkan. Kami melaksanakannya dengan hebat."