Debaran perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di antara Malaysia dan Indonesia kian terasa apabila kedua-dua pasukan kini sudah sedia untuk berentap di Stadium Nasional, Bukit Jalil esok.

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu masih segar dengan kemenangan 2-1 ke atas Thailand minggu lalu hasil jaringan Brendan Gan dan Mohamadou Sumareh untuk Malaysia mengumpul enam mata bagi mengekori rapat Thailand (7) dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) (6) dalam saingan Kumpulan G.

Indonesia pula, yang berada di tangga tercorot selepas merekodkan empat kekalahan tanpa sebarang mata, bakal menggunakan peluang ini untuk meleburkan peluang Malaysia melayakkan diri ke saingan Piala Asia 2023.

Skuad Garuda itu, yang dikendalikan jurulatih sementara, Yeyen Tumena, berikutan pemecatan Simon McMenemy, turut tidak menampilkan Evan Dimas, Saddil Ramdani, Stefano Lilipaly dan Alberto Goncalves, sebaliknya menyertakan panggilan baru, termasuk Lerby Eliandri, Greg Nwokolo dan Septian David Maulana.

Ikuti laporan lanjut dalam Nadi Arena jam 7.30 dan 11 malam ini.