Kelayakan Piala Dunia 2022: Nor Azam tenang hadapi tekanan

Oleh Staff Writer 4 November 2019 1018
Kelayakan Piala Dunia 2022: Nor Azam tenang hadapi tekanan
Perancang tengah negara, Nor Azam Azih, mengakui tetap dibebani tekanan dengan harapan tinggi peminat terhadapnya menjelang dua aksi penting bertemu Thailand dan Indonesia bagi kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pertengahan bulan ini.

Jentera tengah skuad kebangsaan menyerlahkan kepincangan ketika berdepan Vietnam di Hanoi, bulan lalu.

Ketika itu, ketiadaan Nor Azam jelas dirasai tatkala barisan tengah dilihat ketandusan idea bagi merencanakan pergerakan.

Kini, dia kembali memperkuatkan pasukan bimbingan Tan Cheng Hoe itu menjelang pertemuan dengan Thailand dan Indonesia, 14 dan 19 November ini.

"Tekanan memang ada tetapi dalam pasukan ini ada juga yang baru dipanggil seperti Afiq Fazail (Johor Darul Ta'zim) dan Baddrol Bakhtiar (Kedah). Diharapkan masing-masing dapat membantu antara satu sama lain. Insya-Allah kami akan cuba dapatkan tiga mata."
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen