Kelayakan Euro 2020: Belanda jumpa Jerman, England bertemu Republik Czech

Oleh Penulis Jemputan 3 Disember 2018 1527
Kelayakan Euro 2020: Belanda jumpa Jerman, England bertemu Republik Czech
Jerman diundi menentang Belanda dalam Kumpulan C peringkat kelayakan Euro 2020.

Skuad kendalian Joachim Low itu tewas 0-3 dan seri 2-2 dengan The Oranje dalam saingan Kumpulan 1 dan disingkirkan daripada Liga A, Liga Negara-Negara Eropah.

Mereka akan bertemu lagi bagi merebut tempat ke kejohanan tertinggi Eropah itu dalam tempoh dua tahun dari sekarang.

Turut berada dalam Kumpulan C adalah Ireland Utara, Estonia dan Belarus.

Juara Eropah, Portugal, diundi dalam Kumpulan B bersama Ukraine, Serbia, Lithuania dan Luxembourg.

Juara Dunia, Perancis, pula diundi dalam Kumpulan H bersama Iceland, Turki, Albania, Moldova dan Andora, manakala Sepanyol, Sweden, Norway, Kepulauan Faroe dan Malta diletakkan dalam Kumpulan F.

England berada dalam Kumpulan A bersama Republik Czech, Bulgaria, Montenegro dan Kosovo.

Belgium pula berada dalam Kumpulan I dan bakal berdepan Russia, Scotland, Cyprus, Kazakhstan dan Kosovo.

Saingan Kumpulan J terdiri daripada Itali, Bosnia-Herzegovina, Finland, Greece, Armenia dan Liechtenstein.



Peringkat kelayakan akan berlangsung dari 21 Mac sehingga November tahun depan.

Dua pasukan terbaik akan layak secara automatik ke pusingan akhir.

Empat lagi slot akan menjadi rebutan dalam pusingan play-off yang dijangka berlangsung pada Mac 2020.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen