Kelab MLS tersilap Stam 

Oleh Shaiful Shamsudin 22 Mei 2020 264
Kelab MLS tersilap Stam 
FC Cincinnati mengangkat Jaap Stam sebagai pengurus baru tetapi kelab Major League Soccer (MLS) itu secara tidak langsung telah membuat satu kesilapan mengenai bekas pemain Belanda tersebut.

Teruja mengumumkan Stam sebagai pengurus baru mereka semalam, Cincinnati menyiarkan berita itu dengan memaparkan gambar seorang lelaki yang mirip bekas pertahanan Manchester United dan Belanda berkenaan.

Gambar lelaki yang dimaksudkan itu dilengkapi kemeja, tali leher beserta kot besar selain berkepala botak yang memaparkan banyak ciri-ciri seperti Stam.

Namun, ternyata ia bukan Stam sebaliknya merupakan jurulatih remaja Ajax, Tinus van Teunenbroek.

Cincinnati kemudian memadam gambar Van Teunenbroek dalam liputan mereka itu sambil menjelaskan kesilapan mereka. 

Versi yang betul telah dimuat naik di Twitter, kali ini dengan gambar sebenar Stam dengan disertai dengan pesanan: "Sertailah kami untuk menyambut pengurus baru, Jaap Stam."


 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen