Vincenzo Montella mendakwa beliau tidak terkesan dengan rentetan kekalahan AC Milan dalam saingan Serie A, semalam.

The Rossoneri tunduk 2-0 di Sampdoria minggu lalu dan jaringan pada separuh masa kedua daripada Edin Dzeko dan Alessandro Florenzi menyaksikan Roma melakar kemenangan dengan keputusan yang sama di San Siro.

Perjalanan musim 2017-18 Milan telah menjalani perubahan drastik dengan membawa masuk ramai pemain baru, namun mereka masih lagi bergelut untuk mencari momentum.

Berdepan musuh tradisi, Inter, selepas tamat aksi perlawanan antarabangsa dan persembahan yang hambar daripada Milan akan memberikan satu tekanan buat Montella.

Namun, beliau masih lagi belum bersedia untuk menekan butang panik dan memberitahu perkara sama kepada media selepas tewas kepada Giallorossi.

"Saya lebih risau apabila Milan tewas kepada Sampdoria, di mana saya gagal untuk mengenal pasti kesilapan pasukan," katanya.

"Saya berasakan Milan berada pada tahap yang sama seperti Roma. Walaupun kekurangan seorang pemain, kami tidak tersungkur.

"Saya percaya Milan berada di landasan yang betul dan pemain-pemain memiliki sikap yang positif. Saya berpuas hati dengan semangat serta kualiti pasukan ini," katanya.