Kejohanan AFC B-19: Tempat Luqman Hakim hampir pasti terjamin

Oleh Shaiful Shamsudin 29 Julai 2020 1061
 Kejohanan AFC B-19: Tempat Luqman Hakim hampir pasti terjamin
Kriteria dan kebolehan Luqman Hakim Shamsudin meraih kepercayaan Brad Maloney untuk diserapkan dalam skaud B-19 negara tanpa proses pemilihan seperti rakan sepasukannya yang lain. 

Justeru, tiada masalah buat produk Program Pembangunan Bolasepak Nasional (NFDP) itu untuk melengkapkan skuad utama kendalian jurulatih dari Australia berkenaan dalam Kejohanan AFC B-19 di Uzbekistan, Oktober depan, biarpun dia kemungkinan tidak dapat bersama rakan sepasukan sehingga kem latihan fasa kedua tamat.

"Pastinya dia akan terbabit dalam Kejohanan AFC. 

"Kalau ia diadakan dari sekarang hingga Oktober depan, maka kelabnya di Belgium akan melepaskan khidmatnya.

"Saya berpuas hati (dengan klausa itu) dan dia boleh menyertai latihan kami sebelum bertolak ke Belgium.

"Kami tiada masalah untuk melepaskannya kalau dipanggil oleh kelabnya kelak demi membantunya mengejar impian beraksi di luar negara," katanya ketika ditemu bual wakil Syakirah Zulkifly, hari ini. 






Dalam pada itu, Luqman Hakim meluahkan keterujaan untuk memulakan sesi latihan bersama rakan sepasukan yang lain.

Apatah lagi, dia menganggap penyertaan kali ini lebih seronok dengan penambahan beberapa pemain lain yang akan meningkatkan persaingan.

Bekas pemain Selangor II itu yang sepatutnya memulakan latihan bersama KV Kortrijk bulan depan menjelaskan masih mempunyai beberapa perkara sebelum dia menyelesaikan proses dokumentasinya. 

"Ia belum pasti lagi. Pihak atasan tengah berusaha. Banyak perkara yang perlu diselesaikan untuk ke sana termasuk permit kerja, ujian kesihatan.

"Ia mungkin mengambil sedikit masa."
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen