Kelab Itali, Juventus, mengumumkan perlanjutan usahasama mereka dengan syarikat pakaian sukan terkemuka dunia, Adidas, dengan nilai melebihi €408 juta (RM1.9 bilion) untuk tempoh lapan tahun.

Perjanjian enam tahun juara Serie A itu dengan Adidas sepatutnya tamat pada Jun 2021.

Namun, perjanjian baru yang akan bermula musim depan itu akan berlanjutan sehingga penghujung musim 2026-27.

Juve juga akan menerima pembayaran royalti apabila sasaran pemasaran berjaya diraih, termasuk bonus prestasi.

Pasukan itu juga mengumumkan Adidas turut memberikan ganjaran €15 juta (RM71.3 juta) yang akan dibayar pada penghujung tahun ini.