Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) sedang menjalankan sesi pencarian bakat bagi pasukan Piala Belia dan Piala Presiden negeri itu untuk menghadapi saingan musim depan.

Pengurus pasukan, Zainal Annuar Abdul Rashid, berkata Perak menjemput pemain muda tanah air yang berusia 21 tahun ke bawah untuk menjalani sesi itu di beberapa lokasi.

"Jika anda berbakat dan yakin atas kebolehan sendiri, saya jemput anda untuk hadir ke sesi pemilihan pemain bola sepak Piala Belia dan Presiden Perak.

"Perak serius untuk mencipta kejutan pada tahun hadapan. Oleh itu, saringan pemilihan pemain perlulah berdasarkan kriteria terbaik.

"Bagi pemain yang ingin mengembangkan bakat dan karier dalam bola sepak, bolehlah mencuba nasib di sini. Mana tahu, anda pemain yang kami cari," katanya.

Sesi pemilihan pemain dimulakan di Padang Majlis Daerah Lenggong esok, diikuti Eplanade, Taiping pada 16 Disember, sebelum ke Padang Ipoh pada 17 Disember.

Sementara itu, pada 18 Disember uji bakat dilangsungkan di Padang UPSI lama dan lokasi terakhir di Stadium Majlis Perbandaran Manjung pada 19 Disember.

Pendaftaran bermula jam 8.00 pagi.

PencarianbakatPerak