Joaquin pemain tertua lakar hatrik di Sepanyol

Oleh Penulis Jemputan 9 Disember 2019 1007
Joaquin pemain tertua lakar hatrik di Sepanyol
Pemain sayap Real Betis, Joaquin, muncul pemain tertua untuk menjaringkan hatrik dalam sejarah LaLiga.

Pemain berusia 38 tahun berkenaan meledak tiga gol itu dalam 20 minit pembukaan dalam pertembungan dengan Athletic Bilbao di Estadio Benito Villamarin, awal pagi tadi. 

Hatriknya itu melebarkan jaringannya dalam LaLiga musim ini kepada enam gol -- menyamai catatannya musim lalu dan merupakan rekod jaringannya yang paling banyak dalam kempen domestik sejak 2003-04.

Joaquin -- yang pernah tampil 51 kali bersama Sepanyol -- memulakan kariernya di Betis sebelum beralih angin ke Valencia pada 2006. 

Dia kemudian menikmati kariernya di Malaga dan Fiorentina sebelum kembali ke Los Verdiblancos pada 2015.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen