Sergio Aguero boleh mendapatkan jersi nombor 10 jika mengambil keputusan menyertai Independiente, kata ketua jurulatih, Lucas Pusineri.

Penjaring gol terbanyak sepanjang zaman City itu meninggalkan Argentina untuk menyertai Atletico Madrid 14 tahun lalu dan kerap kali membincangkan untuk menamatkan karier bersama El Rojo.

Aguero bakal mencecah usia 32 tahun June ini dan memiliki kontrak bersama City sehingga 2021, manakala pertemuan dengan bekas rakan sepasukan, Pusineri, yang kini mengendalikan Independiente, awal tahun ini menghidupkan semula perbualan mengenai peluang menyaksikan dia menyertai semula kelab itu.

"Saya berharap ini akan menjadi peluang saya untuk melatih Kun Aguero," katanya. "Saya merupakan rakan sepasukannya dan berharap pada masa akan datang, saya akan melatihnya.

"Kami menyimpan jersi nombor 10 untuk Aguero."

Pusineri mendedahkan kerap menghubungi penyerang Argentina itu, namun menafikan memaksa mengenai perpindahan menyertai Independiente.

"Kami telah berhubung dua bulan yang lalu, ketika saya mengucapkan tahniah kepadanya apabila mengharungi minggu yang cemerlang apabila berjaya meledak banyak jaringan.

"Segalanya bergantung kepada keinginannya jika mahu kembali ke Argentina. Menyaksikan dia beraksi di sini akan memberikan kegembiraan kepada penyokong."



Independiente kali terakhir memenangi Copas Libertadores pada 1984 dan Pusineri percaya mereka mampu sekali lagi bergelar juara dengan kehadiran pemain seperti Aguero.

"Kualiti yang dimiliki Aguero amat penting untuk bersaing secara kompetitif dan dia mampu membantu pasukan."

Aguero telah meledak 254 gol dalam 368 aksi untuk City, dengan 180 daripada dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) meletakkan dirinya di tempat keempat dalam saingan itu, di mana dia meledak 12 hatrik.

Independiente menamatkan musim 2019-20 dalam saingan Liga Perdana Argentina di tempat ke-14.