Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, melabel jadual perlawanan pasukannya sebagai satu 'jenayah' kerana dia bersedia untuk menghadapi Brighton and Hove Albion dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) kurang daripada tiga hari selepas mengalami kekalahan 2-0 Atalanta dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL).

Jaringan separuh masa kedua daripada Josip Illicic dan Robin Gosens membantu kemenangan yang mengejutkan buat pengunjung dari Serie A, Atalanta, yang diatasi Liverpool 5-0 tiga minggu sebelum ini, dan The Reds terlepas peluang untuk layak ke pusingan 16 daripada perlawanan ini.



Keputusan awal tadi menyaksikan juara EPL itu memerlukan satu kemenangan daripada tiga perlawanan terakhir ketika berdepan empat perlawanan dalam tempoh 12 hari.

Klopp meramalkan pemainnya tidak akan bersendirian dalam keadaan teruk akibat kesesakan jadual, berkata kepada BT Sport: "Saya takut untuk mengatakan bahawa saya fikir ia boleh berlaku bukan hanya kepada kami tetapi juga pasukan lain.

"Anda meminta kami untuk beraksi pada hari Sabtu pukul 12:30 tengahari (8,30 malam waktu Malaysia), di mana sejujurnya ia dilihat sebagai satu jenayah. Ia langsung tidak melibatkan perlawanan kami hari ini.

"Kini keutamaan saya adalah mahu memastikan tiada pemain mengalami kecederaran dan cuba untuk berehat dengan secepat mungkin. Pemain-pemain kecewa tidak berpuas hati dan kecewa kerana tidak memiliki masa yang diperlukan.

Klopp memilih barisan pemain yang kurang berpengalaman berdepan Atalanta dan menyaksikan mereka bergelut mendapatkan rentak, dengan percubaan Mohamed Salah pada minit ke-44 merupakan yang pertama buat Liverpool dalam perlawanan ini.

Buat pertama kali sejak Opta merekodkan data dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) musim 2003-04, Liverpool gagal merekodkan sebarang percubaan tepat ke arah gol di laman sendiri bagi kejohanan tersebut.

Berdepan bek-kanan berusia 19 tahun ini, Nico Williams, Papu Gomez menikmati malam yang cemerlang, melakukan hantaran silang buat gol pembukaan Ilicic dan melakukan assist kedua untuk gol yang disumbat oleh Gosens.