Pengendali Sepanyol, Julen Lopetegui, memuji persembahan pemain tengah Real Madrid, Isco, malah menyifatkan dia sudah berada dalam kalangan pemain terbaik dunia.

Pemain berusia 25 tahun itu mempamerkan aksi mantap ketika meraih kemenangan 5-0 ke atas Costa Rica dalam aksi persahabatan sebelum terpaksa meninggalkan padang akibat mengalami kecederaan.

Lopetegui gembira apabila melihat aksi bintang Real itu dan percaya kualitinya akan terus menjadi lebih baik.

"Isco adalah seorang pemain yang sudah berada dalam kalangan yang terbaik dunia," katanya.

"Saya menyifatkan Isco begitu kerana dia kerap mempamerkan aksi terbaik dan sukar untuk melakukannya.

"Dia merupakan seorang pemain yang memiliki semangat serta azam yang tinggi.

Isco turut memainkan peranan penting dalam skuad Real musim ini, dengan menghasilkan empat gol dan tiga bantuan jaringan dalam 11 penampilan LaLiga.

Sepanyol akan berdepan Russia dalam aksi persahabatan pada Rabu ini manakala Real akan menghadapi 'derby' dengan Atletico, empat hari berikutnya.