Ireland bakal bersedia untuk aksi lebih penting -- O'Neill

Oleh Penulis Jemputan 20 November 2018 54
Ireland bakal bersedia untuk aksi lebih penting -- O'Neill
DENMARK 0 REPUBLIK IRELAND 0

Republik Ireland tersingkir daripada saingan Liga Negara-Negara tetapi Martin O'Neill yakin pasukannya akan mempamerkan aksi kompetitif dalam perlawanan yang penting.


Skuad kendalian O'Neill itu seri tanpa jaringan di Denmark awal pagi tadi bagi menamatkan saingan Liga B dengan dua mata, bagaimanapun ia tidak mengecewakan pengendali itu.

Bekas pengurus Celtic itu menegaskan tumpuannya adalah membuat persiapan menghadapi saingan kelayakan Euro 2020 dan percaya bintang-bintang muda pasukan akan mampu melakukan sesuatu.

"Kami mengharungi empat aksi kompetitif musim ini, saya berasakan terdapat lapan pemain yang melakukan penampilan sulung dan mereka masih lagi berusaha untuk menyesuaikan diri," katanya.

"Saya berasakan pemain-pemain akan bersedia untuk perlawanan yang penting. 

"Kami mara ke Euro 2016 dengan barisan pemain yang terbaik. Kami juga layak ke aksi play-off Piala Dunia. Kami sentiasa menampilkan permainan terbaik apabila menghadapi aksi-aksi penting," tambahnya.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen