Inter terlalu gagah buat Shakhtar 

Oleh Shaiful Shamsudin 18 Ogos 2020 297
Inter terlalu gagah buat Shakhtar 
INTER 5 SHAKHTAR DONETSK 0 

Lautaro Martinez berkata Inter bersedia menempa kegemilangan selepas membelasah Shakhtar Donetsk untuk mengesahkan tempat dalam perlawanan akhir Liga Europa.

Martinez dan Romelu Lukaku masing-masing menjaringkan dua gol buat skuad bimbingan Antonio Conte itu meratah Shakhtar 5-0 di Dusseldorf, awal pagi tadi. 

Danilo D'Ambrosio turut mencetak nama selaku penjaring untuk kelab Serie A itu mara ke pentas final Eropah buat pertama kalinya sejak 2010, iaitu ketika memenangi Liga Juara-Juara (UCL) sebagai sebahagian daripada tiga kejuaraan semusim yang dirangkul mereka di bawah kendalian Jose Mourinho.

Pemain yang menjadi buruan Barcelona, ​​Martinez seronok dengan keputusan apabila memberitahu Sky Sport Italia sejurus perlawanan: "Ini adalah malam yang luar biasa, seperti yang kami impikan.

 

"Sudah lama saya tidak beraksi dengan baik dan dalam separuh akhir, kami membuktikan vagawa Inter sudah bersedia untuk mencapai perkara yang hebat. Kami sudah bersedia untuk aksi final.

"Jaringan ini memberi erti yang besar tatkala saya terpaksa mengharungi aksi kurang menentu, tetapi pengalaman ini membantu saya berkembang. Saya sangat gembira dengan corak permainan kami dan karakter yang dipersembahkan. 

"Kami semakin bagi bagus perlawanan demi perlawanan dan secara peribadinya saya juga gembira kerana baru menimbang cahaya mata pertama, jadi saya tujukan jaringan ini buat isteri dan keluarga saya.

"Kami semakin mantap, menunjukkan kematangan mnenerusi gabungan pemain muda dan pemain yang lebih berpengalaman seperti Samir Handanovic, Danilo D'Ambrosio dan Diego Godin. Mereka menunjukkan jalannya dan kami semua mengikutinya."


 

Wakil Itali itu akan menentukan gelaran dengan juara lima kali, Sevilla, awal pagi Sabtu ini. 

Martinez, yang melebarkan koleksi jaringannya kepada 21 gol musim ini serta mengintai kejuaraan Liga Europa pertama mereka sejak 1998, menambahkan: "Sevilla merupakan pasukan yang sangat ampuh, kami akan berusaha keras selama beberapa hari ini sebagai persediaan untuk perlawanan istimewa ini yang kami impi-impikan. Kami harap segalanya akan berjalan lancar dan pulang piala itu ke Inter."

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen