Inter Milan melantik Steven Zhang, 27, sebagai presiden baru selepas pemegang saham majoriti, Erick Thohir, mengundurkan diri.

Zhang merupakan presiden Suning International -- kumpulan dari luar negara yang memiliki Inter -- dan berkhidmat sebagai ahli Jawatankuasa Pertandingan Kelab, Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA).

Thohir, yang membeli kepentingan daripada Massimo Moratti pada 2013, menerima ucapan terima kasih di atas khidmatnya sebagai ahli lembaga sejurus tamat mesyuarat pemegang saham tahunan kelab di Milan.

Zhang berkata: "Saya sangat bangga dapat memimpin kelab ini ke era baru.

"Saya rasa bertanggungjawab untuk memuaskan semangat jutaan peminat di seluruh dunia dan saya lebih bersedia untuk menggalas cabaran selaku presiden dalam perkara ini, tahun ke-110 kelab berprestij ini ditubuhkan.

"Kami akan terus menjadikan prestasi sebagai tumpuan utama serta memastikan pasukan mendapt sokongan terbaik yang diperlukan untuk bersaing dan berjaya di peringkat tertinggi di pentas antarabangsa dan domestik.

"Di luar padang, kami akan menjadikan Inter sebagai syarikat yang kukuh sebagaimana di atas padang. Kami harus membina kemahiran yang utuh di bahagian komersial dan pemasaran selain mengukuhkan bahagian pengurusan," katanya.