Inter lanjut tempoh pinjaman Young, terbuka untuk Sanchez kekal

Oleh Nafis Abdullah 30 Mei 2020 717
Inter lanjut tempoh pinjaman Young, terbuka untuk Sanchez kekal
Inter Milan telah menggunakan peluang lanjutan kontrak setahun buat Ashley Young dan mungkin mengekalkan Alexis Sanchez, kata pengarah sukan, Piero Aussilio.

Young, 34, menyertai Inter dalam tempoh pendek sehingga Januari depan  tatkala dia menikmati permulaan ampuh di Milan sebelum wabak coronavirus menyebakan saingan dihentikan.

Pemain sayap itu melakukan lima penampilan dalam saingan Serie A sejak menyertai Inter dan pihak kelab meyakini langkah untuk meyakinkannya.

Masa depan Sanchez juga masih samar. Pinjamannya daripada United bakal tamat di penghujung musim tetapi di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer, Sanchez kelihatan akan kekal.

"Kami tidak bercakap secara terperinci dan fokus terhadapnya dalam beberapa bulan kebelakangan ini," kata Aussilio.

"Dia cedera dalam tempoh panjang tetapi melakukannya dengan baik. Saya fikir tempoh Sanchez di Barcelona atau melibatkan Sampdoria, ia merupakan musim terbaik untuknya.

"Kini, dia berpeluang membuktikan kemampuan sebenar dan keputusan dibuat berdasarkan faktor yang lain.

"Saya fikir barisan depan Inter ampuh dengan Romelu Lukaku dan Lautaro Martinez sebelum menilai kemungkinan untuk berbincang mengenai Sanchez."
 

Tentang Penulis

Nafis Abdullah

Komen