Pengurus Besar Sassuolo, Giovani Carnevali, menegaskan bahawa Inter Milan akan menandatangani Stefano Sensi secara tetap.

Sensi berpindah kepada pasukan seteru Serie A itu secara pinjaman dengan pilihan untuk perjanjian tetap pada awal musim 2019-20.

Walaupun Sensi dilanda kecederaan dalam musim pertamanya di San Siro dan ketibaan Christian Eriksen pada Januari lalu, Inter dikatakan bersedia untuk membeli pemain tengah Itali itu secara tetap.

"Sensi akan dibeli secara langsung oleh Inter," kata Carnevali kepada Ceramicanda.

"Tidak syak lagi, skuad Nerazzurri itu sudah membuat keputusan."

Miss it! ?⚽️ @inter #andratuttobene

A post shared by Stefano Sensi (@stefanosensi12) on


Saingan musim ini ditunda sejak Mac lalu gara-gara pandemik Covid-19 yang menjejaskan seluruh dunia.

Juara bertahan, Juventus, berkelebihan satu mata di depan Lazio selepas 26 perlawanan sebelum liga direhatkan.

Sassuolo pula berada di tangga ke-11 dengan tujuh mata dibezakan daripada zon penyingkiran Serie A.

"Harga pemain imungkin akan jatuh tetapi pemain kami tidak. Kami kedai yang mahal.

"Gangguan dalam Serie A menelan belanja lebih daripada €200 juta (RM940.1 juta ).

"Bagi Sassuolo, ia diantara €10 juta hingga €12 juta.

"Kerugian jika musim ini tidak disambung akan mencecah €800 juta (RM3.7 bilion) dan beberapa kelab akan berakhir di Mahkamah: Pasukan Serie A, B, pasukan remaja dan wanita.

Menteri Sukan, Vincenzo Spadafora, kelihatan seperti sedang bingung tetapi saya dapat lihat kesedaran daripada pihak kerajaan dan kesediaan daripada kesemua kelab untuk membiasakan diri dengan keadaan keselamatan yang diperlukan," tambahnya.