INDONESIA 2 THAILAND 1

Indonesia semakin hampir untuk menjulang Piala Suzuki AFF 2016 selepas mengejutkan penyandang juara, Thailand, 2-1 dalam perlawanan akhir pertama di Stadium Pakansari, Bogor, malam ini.


Penyerang sensasi Thailand, Teerasil Dangda -- yang juga pendahulu semasa senarai penjaring -- melakukan tandukan kemas ketika menyambut lambungan jauh pemain pertahanan kiri, Theerathon Bunmathan, pada minit ke-33.

Ego skuad Gajah Perang itu, bagaimanapun, direntap Indonesia dengan dua gol dalam separuh masa kedua.

Rizky Pora -- yang beraksi bersama Barito Putera dalam Liga Super Indonesia -- membuat rembatan jauh untuk menemui kanan jaring ketika penjaga gol pasukan tuan rumah, Kawin Thamsatchanan, tersilap jangkaan.

Indonesia mendapat bekalan selesa untuk beraksi dalam perlawanan akhir kedua, selepas Hansamu Pranata menghadiahkan gol kedua, lima minit kemudian.

Sepakan sudut yang diambil Rizky tepat untuk Hansamu melakukan tandukan yang gagal dicapai Kawin.

Indonesia membawa bekalan kemenangan 2-1 untuk perlawanan timbal balik di Stadium Rajamangala, Bangkok, 17 Disember ini.

Gambar: Laman web rasmi Piala Suzuki AFF 2016