Ibrahimovic unik tetapi Milan dalam posisi berbeza -- Boban

Oleh Penulis Jemputan 17 Disember 2019 132
Ibrahimovic unik tetapi Milan dalam posisi berbeza -- Boban
Zlatan Ibrahimovic adalah satu bakat yang unik tetapi prestasi AC Milan yang semakin meningkat membuatkan The Rossoneri tidak akan mendapatkan khidmat penggempur itu, kata ketua pegawai bola sepak kelab Serie A itu, Zvonimir Boban.

Masa depan ejen bebas, Ibrahimovic, menjadi tumpuan selama beberapa minggu tatkala Milan dan dua lagi kelab Serie A, Napoli dan Bologna, dilaporkan cuba mendapatkan khidmatnya.

Ibrahimovic merupakan bekas penyerang pilihan Milan dan telah menjulang trofi Serie A serta Piala Itali sewaktu memperkuatkan pasukan itu di antara tahun 2010 dan 2012.

Boban berkata walaupun usia penyerang itu telah mencapai 38 tahun, Ibrahimovic yang membuat keputusan untuk tidak memperbaharui kontrak bersama LA Galaxy itu masih mampu memberi kesan kepada sesebuah pasukan tetapi Milan -- yang tidak tewas dalam empat perlawanan terakhir di bawah kendalian Stefano Pioli -- memerlukan masa untuk menilai pilihan yang ada.

"Lihat nanti jika kami perlu melakukan pembelian untuk mendapatkan penyerang," katanya.

"Bagaianapun, Ibrahimovic adalah pemain yang unik dan mampu menawarkan banyak perkara dalam tempoh singkat. Dia berbeza dengan pemain lain walaupun bukan lagi berumur 28 tahun. Dia adalah pemain dengan lambakan personaliti dan mampu mengetuai sebuah pasukan.

"Sewaktu kami mula berbincang, Milan berada di kedudukan berbeza dalam carta liga."

Milan kini menduduki tangga ke-10 liga, dibezakan 11 mata daripada kelompok empat teratas dan ketinggalan 18 di belakang pendahulu, Inter Milan dan Juventus.
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen