Ibrahimovic: Mourinho akan julang kejayaan, tidak tolak kembali warnai Itali 

Oleh Penulis Jemputan 20 Oktober 2019 1612
Ibrahimovic: Mourinho akan julang kejayaan, tidak tolak kembali warnai Itali 
Zlatan Ibrahimovic memberi sokongan kepada Jose Mourinho untuk membuktikan kewibawaannya dalam tugasan akan datang, namun bekas penyerang Barcelona itu tidak begitu kagum dengan Pep Guardiola.

Mourinho dan Ibrahimovic membentuk hubungan yang erat ketika di Inter dan Manchester United.

Bekas pengurus Chelsea dan Real Madrid itu tidak lagi memegang sebarang jawatan pengurus sejak dipecat United pada Disember tahun lalu tetapi nampaknya semakin hampir untuk membuat kemunculan semula dalam bidang pengurusan. 

Mourinho baru-baru ini menolak peluang untuk mengadakan perbincangan dengan Lyon apabila presiden pasukan Ligue 1 itu, Jean-Michel Aulas, awal bulan ini mendedahkan dia "telah mempunyai kelab lain sebagai pilihan". 

Ibrahimovic percaya majikan baru pengendali Portugis itu kelak akan menikmati hasil yang terbaik daripadanya.

"Dia mempunyai impak yang luar biasa dalam karier saya," kata penyerang LA Galaxy itu kepada Gazzetta dello Sport.

"Dia masih 'Yang Teristimewa', seorang juara. Saya berharap dia akan kembali di bangku simpanan dan saya pasti dia akan menang (gelaran) dengan segera."

Guardiola, bagaimanapun, tidak mendapat kedudukan yang sama di hati Ibrahimovic.

Hubungan mereka tidak rapat sepanjang musim tunggal pemain Sweden itu bersama Barca dengan merekodkan 16 gol LaLiga selain meraih gelaran.

"Kami tidak pernah mengadakan perbalahan secara bertentang mata adalah kerana dia," katanya mengenai pengurus Manchester City itu.

"Apabila kami berhadapan  satu sama lain, dia akan bersembunyi. Dia akan menunggu saya angkat kaki sebelum meninggalkan bilik persalinan. Sebagai pengurus dia adalah fenomena tetapi sebagai seorang lelaki (tidak menghabiskan kata-katanya)."

Penyerang tinggi lampai itu menganggap dia masih mampu menyumbang 20 gol semusim dalam kancah Serie A ketika bercakap mengenai peluangnya untuk kembali ke Itali.

Bagaimanapun, Ibrahimovic melabel bekas kelabnya, AC Milan, sebagai satu "bencana" dalam temu bual dengan Gazzetta dello Sport, sambil berseloroh mengenai sentuhan pertama penyerang Inter, Romelu Lukaku.

"Paolo Maldini tidak mempunyai apa yang diperlukan untuk bertindak sebagai pengarah kelab walaupun ketika bergelar sebagai pemain, dia adalah salah seorang pemain kegemaran saya sepanjang zaman.

"Saya bertaruh dengan Lukaku untuk setiap sentuhan pertamanya yang bagus tetapi dia tidak pernah menyahutnya."




 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen