Ibrahimovic catat sejarah dalam Serie A

Oleh Muzaffar Musa 2 Ogos 2020 1753
Ibrahimovic catat sejarah dalam Serie A
Zlatan Ibrahimovic menjadi pemain paling tua mencapai rekod jaringan dua angka dalam satu musim Serie A selepas menjaringkan gol ketika berdepan Cagliari awal pagi tadi.

Penyerang AC Milan itu, yang masih dalam perbincangan dengan kelabnya mengenai masa depannya di San Siro, menemui sasaran pada minit ke-55 ketika meraih kemenangan 3-0 biarpun sepakan penalti awalnya diselamatkan.

Ibrahimovic, yang berusia 38 tahun dan 302 hari, bangkit untuk menyudahkan umpanan Samu Castillejo ke penjuru atas gawang lawan.

Ia bermakna dia telah menjaringkan 10 gol daripada 18 penampilan dalam liga divisyen utama itu walaupun hanya menyertai pasukan berkenaan pada Januari lalu.

Milan turut menjadi pasukan Eropah paling banyak menjaringkan gol pasca waktu rehat berikutan pandemik COVID-19 dengan 35 jaringan dihasilkan, khususnya daripada impak yang di bawa Ibrahimovic.

Hanya Real Madrid (31) meraih mata yang lebih banyak berbanding Milan (30) sepanjang tempoh itu, rekod yang turut membantu Stefani Pioli mengekalkan kedudukannya selaku ketua jurulatih.
   

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen