Hummels: Perancis miliki barisan pemain berkualiti

Oleh Penulis Jemputan 13 November 2017 954
Hummels: Perancis miliki barisan pemain berkualiti
Pertahanan Jerman, Mats Hummels, tidak pernah melihat barisan pemain yang dimiliki oleh Perancis.

Juara dunia, Jerman, bakal bertemu Les Bleus dalam aksi persahabatan pada Rabu ini, dengan kedua-dua pasukan dilihat sebagai pasukan pilihan untuk menjuarai Piala Dunia di Russia nanti.

Jerman menewaskan Perancis dalam suku akhir Piala Dunia 2014 tetapi Perancis membalas dendam dalam aksi separuh akhir Euro 2016, bagaimanapun tewas kepada Portugal 1-0 dalam final.

Perancis kini memiliki skuad yang berkualiti dengan pemain-pemain muda yang semakin meningkat naik dan pertahanan tengah Bayern, Hummels, tertarik dengan kekuatan yang dimiliki skuad kendalian Didier Deschamps.

"Mereka telah menghasilkan ramai bakat-bakat baru, ia amat menakjubkan," kata Hummels.

"Sebuah pasukan yang berkualiti dan antara pilihan utama untuk muncul juara. Jika dua pemain mereka gagal beraksi cemerlang, mereka mempunyai ramai lagi yang mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan," ujarnya.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen