Jupp Heynckes telah menghidupkan semula Bayern Munich sejak menggantikan Carlo Ancelotti pada September lalu tetapi pengendali berusia 72 tahun itu masih belum menandatangani kontrak di Allianz Arena.

Heynckes kembali ke Bayern dengan kontrak jangka pendek yang bakal berakhir pada penghujung musim ini -- selepas Paris Saint-Germain (PSG) menewaskan mereka 3-0 dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL).

Selain dimalukan dalam saingan tersebut, Bayern juga menghuni tangga ketiga Bundesliga, ketinggalan tiga mata di belakang pendahulu ketika itu, Borussia Dortmund.

Sejak kelab mengambil semula Heynckes, nasib mereka bertukar. Bayern meraih sembila kemenangan daripada 11 perlawanan dalam semua pertandingan -- hanya kehilangan mata ketika bertemu Borussia Monchengladbach, seri dengan RB Leipzig dalam saingan Piala DFB-Pokal sebelum mara menerusi penentuan sepakan penalti.

Hasilnya, Bayern unggul di takhta liga dengan enam mata dan mara ke pusingan kalah mati UCL.

Di sebalik peningkatan yang dipamerkan di bawah kendalian Heynckes, beliau masih belum menandatangani kontrak secara rasmi bersama kelab tetapi kerana beliau masih lagi belum berpeluang untuk melakukannya.

"Kami masih belum memiliki kontrak.

"(Ketua Pegawai Eksekutif Kewangan Bayern) Jan-Christian-Dreesen sentiasa menggesa saya untuk menandatangani kontrak. Tetapi saya tidak mempunyai masa lapang," ujarnya.