Hernandez tolak tawaran ke Bernabeu

Oleh Penulis Jemputan 11 Oktober 2018 345
Hernandez tolak tawaran ke Bernabeu
Pertahanan Atletico Madrid, Lucas Hernandez, mendedahkan dia telah menolak peluang untuk meninggalkan pasukannya dan menyertai gergasi LaLiga serta musuh setempat, Real Madrid.

Abang kepada pertahanan Perancis, Theo, itu terlebih dahulu berhijrah ke Santiago Bernabeu setelah meninggalkan Atletico pada 2017.

Perjanjian di antara kedua-dua kelab jarang berlaku tetapi perpindahan Theo dilihat boleh diterima memandangkan dia tidak pernah mewakili skuad utama Atletico.

Bagaimanapun, Hernandez berpendapat dia tidak boleh mengikut jejak langkah adikya untuk menyertai Los Blancos walaupun tidak menolak kemungkinan akan berhijrah ke pasukan lain di masa akan datang.

"Saya tidak memberi banyak perhatian terhadap tawaran itu," kata Hernandez.

"Ejen saya memberitahu tentangnya. Apabila diberitahu peluang untuk bersama Real Madrid, saya berkata saya tidak boleh melakukannya.

"Atletico adalah kelab saya yang memberikan segala-galanya. Saya seorang yang jujur dan tidak boleh ke Real Madrid.

"Saya berharap dapat kekal lama di sini tetapi bola sepak bergerak dengan pantas. Jika wujud tawaran lain, saya tidak boleh menolak," katanya.

Hernandez beraksi dalam kesemua perlawanan buat Perancis di pentas Piala Dunia 2018 sebelum menjulang trofi di Russia dan dia disenaraikan dalam skuad menjelang aksi berdepan Iceland dan Jerman, bulan ini.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen