Henti kecam Sancho -- Zorc

Oleh Ammar Hakim 5 Jun 2020 379
Henti kecam Sancho -- Zorc
Michael Zorc telah memberikan amaran kepada Jadon Sancho kerana melanggar peraturan coronavirus, tetapi pengarah sukan Borussia Dortmund itu mahu kritikan terhadap penyerang itu berhenti ketika dia memuji terhadap demonstrasi buat George Floyd.

Dalam gambar yang diterbitkan oleh Bild Rabu lalu, Sancho merupakan salah seorang daripada enam pemain Dortmund yang tidak memakai topeng ketika mereka menerima potongan rambut daripada tukang gunting rambut, Winnie Nana Karkari di rumah mereka.

Itu menyebabkan kecaman daripada Zorc, mengingatkan protokol coronavirus Liga Bolasepak Jerman (DFL) mengatakan bahawa pemain tidak boleh berhubungan dengan orang ramai, tinggal di rumah dan tidak menerima pengunjung kerana wabak itu.

Namun, Zorc juga menganggap tindakan Sancho pada hujung minggu- - ketika dia mendedahkan tulis di baju 'Justice for George Floyd' setelah menjaringkan gol menentang Paderborn - -harus membuatnya lebih dihormati.

Pada hari yang sama foto potongan rambut itu didedahkan, Persatuan Bolasepak Jerman (DFB) mengatakan tidak akan menghukum Sancho dan yang lain kerana 'tindakan anti-rasisme', yang terjadi setelah Floyd meninggal dunia ketika dalam tahanan polis di Amerika Syarikat minggu lalu.

"Saya berasakan presiden DFB sangat fleksibel dan mempertimbangkan peristiwa semasa," kata Zorc.
 
"Saya tidak tahu dalam istilah apa anda dapat melihat apa yang dilakukan mereka sebagai mesej politik. Ini mengenai kemanusiaan, keadilan dan mesej yang jelas menentang isu perkauman. Berapa banyak kempen yang telah kita lakukan bersama DFB mengenai perkara ini?

"Mungkin sudah waktunya untuk menyingkirkan kritikan yang sering diterima oleh Jadon Sancho, kerana dia adalah salah seorang yang terawal membuat pendirian dan menunjukkan tanda yang jelas terhadap perkauman ketika berdepan Paderborn."

 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen