Henry mampu berjaya bersama Monaco -- Wenger

Oleh Penulis Jemputan 14 Oktober 2018 118
Henry mampu berjaya bersama Monaco -- Wenger
Arsene Wenger percaya Thierry Henry memiliki "segalanya" untuk berjaya di Monaco tetapi memberikan amaran kepada bekas penyerang Arsenal itu bahawa dia perlu mengorbankan "seluruh hidupnya" jika mahu bergelar jurulatih.

Kelab Ligue 1, Monaco, mengumumkan semalam bahawa Henry sah mengambil alih tugas Leonardo Jardim selaku ketua jurulatih.

Henry pernah beraksi di bawah khidmat Wenger dan bekas pengendali Monaco itu gembira melihat bekas pemain bimbingannya itu mengambil alih kelab tersebut.

Bagaimanapun, Wenger yang bersama Arsenal selama 22 tahun sebelum meninggalkan kelab musim lalu, mengetahui cabaran yang perlu dihadapi Henry.

"Henry adalah pilihan terbaik," kata Wenger.

"Beliau merupakan seorang yang bijak dan memahami bola sepak. Henry memiliki segala-galanya.

"Tetapi karier sebagai jurulatih memerlukan pengorbanan yang sangat besar."

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen