Henrik Larsson bersetuju untuk kembali ke Barcelona bagi menyertai staf kejurulatihan pasukan itu di bawah pengendali baru, Ronald Koeman.

Bekas penyerang Sweden itu memenangi dua gelaran LaLiga selain satu kejuaraan Supercopa de Espana dan Liga Juara-Juara Eropah sepanjang dua tahun berkhidmat sebagai pemain di Camp Nou.

Larsson menjaringkan 22 gol daripada 62 penampilan dalam kesemua kejohanan tetapi paling diingati sebagai pemain gantian yang dimasukkan untuk mencetuskan kedua-dua gol Barca ketika menewaskan Arsenal 2-1 dalam final Liga Juara-Juara.

Bekas pemain Celtic dan Manchester United itu, yang menjadi jurulatih Helsingborgs tahun lalu, menandatangani kontrak selama dua tahun di Camp Nou.

Menyertai Larsson bagi memperkuatkan barisan kejurulatihan Koeman adalah Alfred Schreuder, yang turut menandatangani kesepakatan sehingga 30 Jun 2022.

Schreuder dilantik sebagai ketua jurulatih Hoffenheim Mac lalu selepas menjadi penolong kepada Julian Nagelsmann tetapi dia dipecat pada Jun lalu.

Bekas pemain tengah Feyenoord itu merupakan penolong jurulatih kepada Erik ten Hag di Ajax dalam musim 2018-19, di mana pasukan Eridivisie itu mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara dengan prestasi yang membanggakan.