Hadi perlu rebut tempat kesebelasan utama

Oleh Staff Writer 21 Disember 2018 590
Hadi perlu rebut tempat kesebelasan utama
Tiada keistimewaan buat Hadi Fayyadh Abdul Razak di Fagiano Okayama tetapi kelab liga divisyen 2 Jepun (J2) itu memberi jaminan akan ada peluang untuk dia merebut tempat dalam kesebelasan utama.

Ketinggian Hadi pada 186sm dan posisi sebagai penyerang disifatkan sebagai aset yang dicari Fagiano dalam usaha mereka memburu tiket ke divisyen satu J1.

Musim 2018 menyaksikan Fagiano menamatkan kempen di tangga ke-15 liga daripada 22 pasukan dalam J2 dengan mengalami kepincangan ketika menyempurnakan peluang jaringan.

Hadi, yang ditawarkan kontrak profesional bersama kelab itu, bagaimanapun, perlu terus membuktikan mengapa dia layak diangkat sebagai penyerang tonggak mereka pada musim 2019 nanti.

"Buat masa ini, apa yang boleh kami katakan dia adalah pemain profesional, kami akan memiliki sejumlah 30 pemain musim depan dan akan cuba memberi peluang kepada setiap pemain.

"Kami tidak memikirkan untuk memberi Hadi keistimewaan, segalanya terpulang kepadanya untuk membuktikan kewibawaan di atas padang dan tentu peluang itu akan hadir buatnya," kata Pengurus Besar Fagiano Okayama, Tokuhiko Suzuki.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen