Erling Haaland mungkin digandingkan bersama Youssoufa Moukoko apabila pulih daripada kecederaan Januari ini, kata pengurus sementara Borussia Dortmund, Edin Terzic.

Penyerang prolifik, Haaland, berada di tahap terbaik bersama Dortmund sebelum mengalami kecederaan hamstring ketika sesi latihan awal bulan ini, memaksa dia direhatkan selama enam perlawanan.

Bintang muda terbaru Dortmund, Moukoko, memanfaatkan waktu bermain ketika ketiadaan Haaland, walaupun baru sahaja berusia 16 tahun dia telah turun beraksi dalam dua perlawanan terakhir.

Dia meledak gol ketika tewas 2-1 kepada Union Berlin untuk pemain termuda saingan Bundesliga untuk meledak gol, sekali lagi menemui jaringan ketika turun sebagai pemain gantian ketika bertemu Hertha Berlin sehari sebelum mencecah usia 16 tahun bulan lalu.

Produk akademi Dortmund itu juga menjadi pemain termuda yang beraksi dalam Liga Juara-Juara (UCL) apabila tampil sebagai pengganti separuh masa kedua menentang Zenit ketika berusia 16 tahun dan 18 hari, memecah rekod yang dipegang oleh Celestine Babayaro.

Duo penyerang muda itu mempunyai banyak persamaan, tetapi Terzic terbuka dengan idea untuk menurunkan mereka dalam beberapa minggu akan datang.

"JIka terdapat peluang untuk turunkan Erling dan Youssoufa dalam masa sama... mengapa tidak?"


Haaland, yang telah menjaringkan 17 gol untuk Dortmund dalam semua pertandingan musim ini, yang telah menjaringkan 17 gol untuk Dortmund dalam semua pertandingan musim ini.

Bagaimanapun, Terzic -- ditugaskan sehingga akhir musim berikutan pemecatan Lucien Favre lebih dari seminggu yang lalu -- telah memberikan kemas kini positif mengenai program pemulihan pemain antarabangsa Norway itu.

"Saya melihatnya buat pertama kalinya hari ini," kata Terzic semalam. "Kami sangat gembira dengan perkembangannya Dia betul-betul mengikut jadual dari masa dan kami menganggap dia akan segera kembali pada awal Januari."