Pep Guardiola menjelaskan perubahan taktikal ketika Manchester City tewas mengejut dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL) kepada Lyon adalah cuba untuk menutup kelemahan pasukannya serta meratapi kegagalan Raheem Sterling menyempurnakan peluang terhidang.

City tewas 3-1 awal pagi tadi di Lisbon, dengan Moussa Dembele meledak dua gol selepas Kevin De Bruyne menafikan jaringan pembukaan Maxwel Cornet.

Terdapat banyak persoalan terhadap pilihan taktikal dilakukan oleh Guardiola, yang menurunkan tiga pemain pertahanan dengan dua pemain sayap bertahan, sementara Phil Foden dan Bernardo Silva merupakan pemain gantian yang tidak digunakan di sebalik memerlukan jaringan.

Apabila ditanyakan mengenai pilihan pemain oleh BT Sport, Guardiola berkata: "Tidak, kami telah cuba untuk menutup kelemahan berbanding mempertingkatkan kekuatan kami.

"Terdapat kekurangan pada permulaan permainan sebelum kami cuba memperbaikinya pada 10-15 minit terakhir separuh masa pertama

"Kami menghasilkan peluang, menjaringkan gol tetapi gagal menyempurnakan selebihnya.



Perlawanan itu bertambah perit buat City apabila Sterling gagal menyempurnakan peluang terhidang sebelum Dembele berjaya menjadikan kedudukan 3-1 sekaligus meleburkan mereka.

Guardiola menerima gagal meneruskan saingan dalam Liga Juara-Juara (UCL) serta menjelaskan banyak kesilapan yang tidak seharusnya berlaku.

"Dalam situasi ini, anda perlu menyamakan kedudukan dan berusaha untuk mendapatkan jaringan kemenangan dalam masa kecederaan tetapi kami dibolosi gol ketiga.

"Dalam pertandingan ini, anda perlu bermain dengan sempurna. Kami mencipta peluang tetapi sekali lagi malangnya tersingkir sekali lagi."